Assalamualaikum,
sudah 22 tahun saya berada di dunia ini,
memori persahabatan datang bertimpa2 saat ini,dari PASTI ke SK JERAM seterusnya ke SMS TMFP beralih pula ke KMPP dan di sini.... USMKK
terlalu sukar untuk melupakan kenangan2 persabatan,
alam sekolah rendah yg penuh dgn hilai tawa dan riang ria, adakala mengundang pertelingkahan sesama 'geng'
alam sekolah berasrama yg penuh dgn konflik mencari identiti diri,mengajar erti menjadi seorang sahabat kepada sahabat
alam matrikulasi yang penuh dgn pengertiaan tntg makna sebuah kehidupan dan perjuangan,membawa diri dalam keindahan ukhwah Islamiyyah
dan kini,tempat berkumpulnya memori2 itu,jadi bekalan sepanjang perjuangan
buat mereka2 yg sentiasa ku kenang sebagai sahabat..moga Allah memberkati hidupmu dunia akhirat..
mood> sentimental
erti sahabat bagiku ialah bila mana seseorang sangat menginginkan keselamatan buat sahabatnya di dunia malahan lebih2 lagi di akhirat sana..pasti juga akan berusaha juga untuk bersama2 berada di jalan yang lurus di dunia.
bait2 yg indah untuk direnungi;
bertahanlah,
kerana sahabatmu adalah semua yg pernah hadir dalam hatimu,
berterimakasihlah,
sahabatmu adalah semua yg telah membentukmu sehingga kamu jadi seperti sekarang,
bersiaplah,
kerana kamu akan masih kehilangan banyak sahabat untuk menemukan sahabat2 baru sepanjang perjalanan hidupmu,
dan berdoalah semoga semua sahabat dapat berkumpul bersama di syurga nanti..
0 comments:
Post a Comment
assalamualaikum,
salam ukhwahfillah.