Wednesday, December 30, 2009

menunggu kata dari tuhan..



Assalamualaikum,


Malam Aprisiasi Seni (MAS), Minggu Penghayatan Islam Ke 12, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian (USMKK) mempersembahkan kepada anda sebuah teater “MENUNGGU KATA DARI TUHAN”

“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)


Skrip Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT) ini adalah terjemahan sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ia mengisahkan Ka’ab bin Malik yang tidak ikut berperang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk…terasa seperti dalam kuliah hadis, namun kelainan dapat dirasai melalui penyampaian yang mengetengahkan konsep kesenian dan hiburan.

Antara tarikan yang akan membawa anda menonton pastinya kerana Sabri Yunus. Ini kerana teater ini adalah teater monolog. Sabri berkomunikasi dengan ‘rasa’ selama 45 minit tanpa henti. Kehadiran Sani Sudin yang menjadi pemuzik ‘live’ sepanjang teater ini memang menakjubkan. Beliau berjaya menyampaikan ‘rasa’ Sabri Yunus dengan jayanya lewat gesekan biola dan hummingnya…



Teater ini adalah teater rasa yang dialami oleh Ka’ab yang punya rasa bersalah kerana tidak ikut serta untuk berjihad walaupun pada masa itu beliau sihat dan mempunyai peralatan dan kenderaan untuk pergi berperang. Pelbagai rasa yang dilaluinya lewat tertinggalnya beliau dalam perang, dan dipulaukan oleh sahabat kerana kesilapan besarnya itu. Rasa yang paling parah adalah tika menunggu keampunan dari Allah melalui Nabi Muhammad SAW…kesedihan, pasrah, redha, dan kesunyian cuba dikongsi dengan penonton.

Pengarah : Dinsman

Pelakon : Sabri Yunus

Pemuzik : Sani Sudin(kopratasa)


tiket;

pelajar:RM 5

kanak-kanak:RM 5

Dewasa/staff:RM 8


hubungi Ridhuwan(013 2459379)




Sunday, December 27, 2009

USM,here i come..


Assalamulaikum,

ape khabar sahabat2 semua,apa khabar iman dan amal?

Alhamdulillah,telah kembali ke usmkk setelah hampir sebulan bercuti selepas exam semester lepas.maaf,jika ada followers blog ni,yg asyik tgk page yang tak ter'update'.jadi,ana luangkan sedikit masa untuk update blog.

semester ini,agak mencabar dari segi pembelajaran yg akan ditempuh,al maklum-dah start OPD-outpatient Dietetics Practicum-maknanya dah start masuk klinik.time ni la,nak praktik teori yg dah dipelajari dalam kelas2 sebelum ni.InsyaAllah,mg Allah memberi kemudahan buat hambaNYA ini.~the making of Muslim Dietitian~

aktiviti2 yg bakal berlangsung di USMKK,banyak juga
jemputlah hadir,



IFTAR JAMAI'E
&
CERAMAH HIJRAH

"Menjemput Berkat Dalam Study"

Tarikh : 28 Disember 2009 (Isnin)
Masa : 6.45 ptg - 9.00 mlm
Tempat : Masjid Pusat Islam
Disampaikan oleh : Ustaz Abdul Fatah

SEMUA WARGA KAMPUS DIJEMPUT HADIR!!!!

*Jamuan berbuka puasa disediakan
*Sebarang maklumat atau pertanyaan, hubungi:
Firdaus - 0194508502
Auji - 014517969



PROGRAM MENYEDIAKAN BUBUR ASYURA
Sempena Sambutan Maal Hijrah 1430 Kampus Kesihatan

Tarikh: 1 Januari 2010 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi -4.30 petang - Gotong Royong menyediakan bahan asas bubur Asyura

Tarikh:2 Januari 2010 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi - 6.30 petang - Gotong Royong mengacau bubur Asyura

Tempat: Masjid Pusat Islam, Kampus Kesihatan

Anjuran: Pusat Islam USMKK

SEMUA WARGA KAMPUS DIJEMPUT HADIR
BERSAMA BERGOTONG-ROYONG


nantikan juga,MPI ke 12 yg bakal berlangsung


wallahu'alam.

wassalam.




Sunday, November 15, 2009

mencari jalan pulang


assalamualaikum..

belakangan ini,
banyak yang terjadi,
dalam diri ini ada resah,
agaknya
kerana diri jauh dari Sang Pencipta..
ALLAH..diri ini ingin kembali kepadaMU,
merasakan cinta dan kasihMU,
ALLAH,,tuntun hati ini..

hayati bait2 indah ini,

jalan pulang
munsyid=syifaa feat saujana

di sepertiga malam
terimbau kisah lama
di sudut mata hati
terlintas segala
noda-noda yang lalu
bagai laut tak bertepi
takut mencengkam diri
di mana jalan kembali
cintaku padaMU
walau jauh tersimpang
terkandas tetap kumencari
cintaMU padaku
tunjukkanlah jalan pulang
lebarkan lembayung rahmatMU
dengan cahaya imanMU oh Tuhan
Ya Allah Ya Tuhanku,
bagamana harusku tebus dosa-dosaku
tak sanggup aku mejadi daun kering
ditiup angin..di padang mahsyarMu
Oh Tuhan....
Ya Allah Ya Tuhanku..
sucikanlah titik hitam di dalam jiwaku
tak sanngup aku menjadi daun kering di tiup angin
di padang mahsyarMU
Oh Tuhan..
taubatku
terima taubatku
ampuni dosaku agar dapat kumencari
jalan pulang....




ya,ana ingin cari jalan pulang,
pulang kepangkuan DIA..


ya,ana ingin cari jalan pulang...

pulang kepada Allah..

ketika Musa mendakwahi Firaun,ia berkata kepadanya;

"adakah keinginan bagimu untuk kembali membersihkan diri (dari kesesatan).Dan kamu akan kupimpin ke jalan Rabbmu,agar supaya kamu takut kepadaNYA.
(An-Nazi'at:18-19)

bagaimana untuk membersihkan hati?

(dipetik dari Tazkiyatun Nufus;diringkas oleh Abu Hamzah Agus Hasan Bashari,dari Mu'alim Fi As-Suluk wa Tazkiyah An Nufus,karya Abdul Aziz Ibnu Muhammad Al 'abd Al Lathif.)


antaranya ialah dengan MUHASABAH.

Kesucian dan kebersihan jiwa tergantung pada muhasabahnya.

Al Hasan Al Bashri berkata,
Sesungguhnya, orang mukmin itu -demi Allah- kamu tidak menyak-
sikannya, kecuali sedang mengawasi dirinya sendiri. Apa yang saya
maksudkan dengan ucapan ini? Apa yang saya inginkan dengan makan
ini? Apa yang saya inginkan dengan masuk ke sini atau keluar dari sini?
Apa urusan saya dengan ini? Demi Allah, saya tidak kembali kesini?
atau sejenis ucapan ini..." Maka dengan muhasabah seseorang itu bisa
mengetahui aib dan kekurangannya, hingga ia mampu berusaha dalam
memperbaikinya. 18

Muhasabah ada dua macam

a) Muhasabah sebelum beramal.
Yaitu berpikir dan merenung ketika ada kehendak dan semangat; dan tidak
segera beramal, kecuali setelah menjadi jelas keutamaannya dibanding dengan
meninggalkannya.

b) Muhasabah setelah selesai beramal.
Ini meliputi,
i. Muhasabah mengenai ketaatan yang belum dikerjakan secara sempurna.
ii. Muhasabah mengenai perbuatan yang sebaiknya ditinggalkan (tidak
dikerjakan)
iii. Muhasabah mengenai perkara mubah / biasa, mengapa mengerjakannya?
Apakah hal itu dimaksudkan untuk Allah, kehidupan akhirat, ataukah
dunia? 19

Sesungguhnya pemerhati masalah ini melihat adanya kelalaian dan banyak
kekurangan pada diri kita dalam muhasabah an nufus. Bahkan banyak di antara
kita yang sibuk dengan aib orang lain; suatu perbuatan yang melahirkan sikap
'ujub (takjub dengan diri sendiri), kibr (merasa besar sendiri, sombong), dan
ghurur (tertipu dengan diri sendiri).

Sebagian salaf berkata,
Engkau tidak akan menjadi faqih (orang yang mengerti) sebenar-
benarnya sebelum kamu membenci (aib yang ada pada) manusia karena
Allah, kemudian kamu merefl
eksikan pada dirimu sendiri, hingga kamu
lebih membencinya. 2
0

Karena kelalaian kita dalam muhasabah an nufus ini sangat nampak, maka perlu
kami sebutkan nukilan perkataan para ulama berikut ini.

Umar Al Faruq berkata,
Cukuplah dosa seseorang, apabila aib yang ada pada seseorang menjadi
jelas baginya. Sementara ia tidak tahu, bahwa aib itu ada pada dirinya
sendiri, dan ia membenci orang-orang karena itu. 21

Hasan Bashri (110H) berkata,
Wahai putra Adam, kamu tidak akan menggapai hakikat iman, sehingga
kamu tidak mencela orang lain dengan aib yang juga ada pada dirimu,
hingga kamu mulai mengobati aib tersebut dari dirimu.
Jika kamu sudah melakukan hal itu dalam dirimu, maka kamu tidaklah
memperbaiki suatu aib, melainkan kamu mendapatkan aib lain yang
belum kamu perbaiki. Jika kamu telah melakukan hal itu, maka
kesibukanmu adalah mengurusi dirimu sendiri. Sesungguhnya hamba
yang paling dicintai oleh Allah adalah yang seperti itu. 22

Rabi' Ibn Khutsaim (wafat sebelum tahun 65H) ditanya, "Mengapa kamu tidak
menyebut manusia?" Ia menjawab,
"Saya belum rela dengan seluruh yang ada pada diri saya, sehingga saya
tidak punya waktu luang untuk menggunjing orang lain. Sesungguhnya
manusia itu takut kepada Allah tentang dosa-dosa orang lain, sedangkan
mereka tidak merasa takut atas dosa-dosanya sendiri. 23

Maimun Ibn Mihran (wafat 117H) berkata,
Seseorang tidak masuk golongan muttaqin, hingga ia mengevaluasi
dirinya sendiri lebih detail daripada mengevaluasi mitra (sekutu) nya
(dalam usaha), sehingga ia tahu dari mana makanannya, dari mana
pakaiannya, dari mana minumannya, apakah dari halal ataukah haram.
24

Aun Ibn Abdillah (wafat 117H) berkata,
Saya kira, setiap orang yang sibuk dengan aib orang lain ialah
dikarenakan ghafah, lalai dari dirinya sendiri. 25

Bakr Ibn Abdillah (wafat 108H) Al Muzani berkata,
Jika kamu melihat seseorang sibuk mengurusi aib orang lain dan
merupakan aibnya sendiri, maka pastikan bahwa ia telah tertipu. 26

Sariy As Saqathi (253H) berkata, "Termasuk pertanda istidraj (diulur-ulur adzab
untuknya), yaitu buta dari aibnya sendiri." 27

Abu Utsman Al Hiri (wafat 298H) berkata,
Rasa takut dari Allah akan mengantarkanmu kepadaNya, sedangkan
'ujub akan memutuskanmu kepadaNya, sedangkan menganggap manusia
rendah dalam dirimu, merupakan penyakit yang tidak terobati. 28

Ahmad Ibnu Ashim Al Anthaki (wafat 230-an) berkata, "Sikap shidq (jujur) yang
paling bermanfaat, yaitu pengakuan kepada Allah tentang aib-aibmu." Kemudian
dia berkata, "Tutuplah jalan 'ujub dengan mengenal dirimu." 29

Demikian baris-baris hikmah ini, semoga Allah mensucikan diri kita, karena Dialah
sebaik-baik yang mensucikan. Dialah pemiliknya dan Tuannya.


rujukan
17HR Malik dalam Kitab Hudud No. 12. Lihat Ibnu Abdil Barr, At-Tauhid 2/637.
18Madarij As Salikin 2/580. Lihat Jami' Al Ulum Wal Hikam 2/91.
19Ighatsatul Lahfan 1 / 134, 135.
20Madarijus Salikin 1 / 438; Siyar A'lam An Nubala' 4 / 539.
21Ibn Al Mubarak, Az Zuhd 234.
22Shifat Ash Shafwah 3 / 234.
23Ibid. 3 / 60. Lihat Imam Ahmad, Al Wara' 74.
24Hilyah Al Awliya' 4 / 89.
25Ibid. 4 / 249; Shifat Ash Shafwah 3 / 101.
26Shifat Ash Shafwah 3 / 249.
27Ibid. 2 / 376.
28Ibid. 4 / 105.
29Ibid. 4 / 277.



wallahu'alam.



Sunday, November 8, 2009

signature



assalamualaikum.





signature..baru,
create.

sebelum tu,

satu persoalan untuk semua,

bilakah turning point anda?
sudah jumpa ke turning point?
faham x apa yg ana maksudkan?


fikir2kan..

Thursday, November 5, 2009

:: bicara hati::


Assalamualaikum,
kaifa halukum?

sudah lama ana tidak menulis.ya,sudah seminggu.

sedang dalam mood exam.(ye ke?)


maaflah,tiba2 teringat zaman2 muda masa sekolah menengah dulu.

setting;tahun 2003>selepas peperiksaan PMR - dlm tempoh menunggu result.

alkisahnya,di sekolah ana tu,FARIS PETRA.

selepas musim exam,terutamanya exam PMR-akan berlakulah kebanjiran novel2 cinta-cintun.


ana ni bukanlah jenis yg suka baca bahan2 supplement macam ni.tapi dek kerana ingin mencuba,ada lah terbaca satu novel,tu pun dah pilih sinopsis dulu,tgk yg agak2 bukan cinta-cintun pakwe-makwe.

nak tahu x ana baca kisah apa?
tajuknya ringkas sahaja= BICARA HATI

seperti tajuk entri ini.
novel ni karya Damya Hanna.
ya,jalan cerita menarik(pandangan ana pada ketika itu)

ceritanya tentant Cinta Kontrak-cinta yg berputik lepas kahwin.

tapi,sekarang dok fikir gak,apa hukumnya dari segi agama-cinta kontrak ni?
harap2 ,x terjadi kat diri sendiri-na'uzubillah..

entah mengapa tetiba teringat kat cerita ni,mgkin sebenarnya teringat keriangan zaman muda2 dulu,ngan sahabat2 kat FARIS.tapi rasanya sekarang keriangan itu boleh ditafsirkan dgn keriangan dalam kejahilan..

alhamdulillah>>moga Allah sentiasa menetapkan hati ini ke arah yg lebih baik.

buat sahabat2 yg ana kenali di FARIS,diri ini sentiasa mendoakan moga2 kita termasuk golongan yg Allah sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah,insyaALLAH.

ingatkan lagi pada ana yg sorang ni?

pesanan untuk ana dan sahabat2..

“Carilah hatimu pada tiga tempat.Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika kau tidak temui,cari hatimu ketika mengerjakan solat.Jika kau tidak temui,cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.Jika kau tidak temui juga.maka berdoalah pada Allah,pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!..’~Imam Al-Ghazali




wassalam.

Thursday, October 29, 2009

salam imtihan



assalamualaikum..

ana ingin mengucapkan,


moga Allah memberikan yang terbaik buat kita..
insyaAllah.


renugkan maksud hadist ini,

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa
Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan masing-masing mempunyai kebaikan. Gemarlah kepada hal-hal yang berguna bagimu. Mintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah menjadi lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu, jangan berkata: Seandainya aku berbuat begini, maka akan begini dan begitu. Tetapi katakanlah: Allah telah mentakdirkan dan terserah Allah dengan apa yang Dia perbuat. Sebab kata-kata seandainya membuat pekerjaan setan.”
- Riwayat Muslim.-


ada kisah di sebalik hadist ini dgn diri ana,
ana jumpa hadist ni,masa tingkatan 3.
tempek kat atas meja,
tengok hari2,
jadi penaik semangat saat kegagalan menimpa,
jadi penaik semangat kala Allah kurniaan kejayaan,
Alhamdulillah,Allah mempermudahkan segalanya
apa yang ana rasa sekarang,
apa yang ana dah lalui dalam hidup ini,
benar2 menginsafkan,
-Hidayah milik Allah,

thank you Allah..
wallahua'lam.

Wednesday, October 21, 2009

Bulan Aurat & Ikhtilat anjuran Rakan Masjid USMKK



Assalamualaikum..

kaifa halukum?moga2 semuanya baik dalam lindungan Allah S.W.T

[biar gambar berbicara]


>program Istimewa>>Love is CINTA..hmmm?




menarik..insyaAllah..

pakat datang ramai2 deh.

p/s;boleh sama2 promote,tekan kat gambar2 ni,save as dan jadikan wallpaper kat laptop anda.senang saja kan?selamat mencuba,sama2 membantu untuk Islam!








[jazakallahu khairan]




Thursday, October 15, 2009

pergilah derita..hadirlah cahaya..



assalamualaikum,..

kaifa halukum?

[suatu iklan]

[dari meja timbalan pengarah KPN]


'Pergilah Derita Hadirlah Cahaya' (KAFA 1)

17 Oktober 2009

Surau Murni, USMKK

Lepas Isya', 8.00pm-11.30pm

Yuran Penyertaan: RM 1

Bahan, Makanan, Sijil, Merit kan diberikan

Berpeluang menjadi ahli KPN dan menyertai program-program KPN

Sesi 1-Slot Ceramah 'Kewajiban Berdakwah' by Bro Naim

Sesi 2- Soal n Jawab

Sesi 3- Slot Motivasi(aplikasi ESQ) 'Pergilah Derita Hadirlah Cahaya by Bro Fatih

Sesi 4- Makan-makan




wallahu'alam..

Thursday, October 8, 2009

Thank you Allah.



Assalamulaikum.


Alhamdulillah,
thank you Allah..

YARABBANA..
syukur yang tidak terhingga kupanjatkan buatMU,
kerana sehingga saat ini,
diri ini masih tetap menikmati nikmatMU yg tidak terhitungkan..

ISLAM dan IMAN,
itulah nikmat yang terbesar buaatku,
mohon agar diri yang lemah ini terus istiqamah,
pada landasan yang benar,
mohon ya ALLAH..dgn sangat,

Thank you Allah,
sudah genaplah 21 tahun hamba ini menumpang di duniaMU.
moga bertambah iman dan amal dalam diri ini,
moga hamba ini tidak lupa akan akhirat yang abadi..
moga hamba ini sedar akan dunia yang sementara..

mohon YA ALLAH.
kekuatan dariMU untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan ini,
mohon YA ALLAH.

::terimalah hambaMU ini::



Opick - Taubat

wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...

powered by lirik lagu indonesia

wallahu'allam.

Monday, October 5, 2009

hanya Hamba Allah



Assalamualaikum,

hanya hamba Allah..

siapakah kita?
sedarkah kita?



ada suatu hari,
kita rasa gembira,
ada suatu hari,
kita rasa sedih pula,
adakah suatu hari,
kita rasa bersyukur dilahirkan sebagai seorang Muslim?
yg memahami tugasnya di bumi Allah ini?


Firman Allah dalam surah Az-Zaariyat;





Waktu yang berlari
tak kan pernah bisa kembali lagi
Bila perih, bila sedih
airmata bukan segalanya

Hanya hamba Allah yang selalu berserah
Hanya hamba Allah yang selalu berpasrah
Karna segalanya bergantung padaNya
Hanya pada Dia semua bermuara

Hanya hamba Allah yang selalu berserah
Hanya hamba Allah yang selalu berpasrah
Karna segalanya bergantung padaNya
Karna pada Dia semua bermuara



ya Allah,
hamba yang lemah ini mohon moga Engkau sentiasa menetapkan kami pada jalanMU yang lurus,bukan jalan orang2 yang sesat.

ameen


Monday, September 28, 2009

saat ini..





assalamualaikum,salam syawal buat semua..

apa khabar iman di hati?

saat ini,betapa sangat2 membutuhkan kekuatan dan hanya kepadaNYA kita memohon.

firman Allah dalam surah Al Hajj,ayat 78;



"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. dia (Allah) Telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu[993], dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, Maka Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. dia adalah Pelindungmu, Maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik- baik penolong."


Allah sentiasa bersama orang2 yg sabar.
sabarlah wahai diri!

wallahu'alam.

Wednesday, September 16, 2009

apakah kita seperti mereka?



Assalamulaikum.
kaifa halukum?
moga semua dalam lindungan Allah.

ini mgkin post terakhir sebelum balik bercuti seminggu sempena Hari Raya nnti.insyaAllah.

apa perasaan kita pabila tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan Ramadhan?bulan penuh keberkatan bakal meninggalkan kita.
apakah kita seperti golongan muattaqin terdahulu,yang sedih pabila Ramadhan meninggalkan mereka?apakah seperti itu,kita ini?
tanya iman..

atau,
kita seperti kebanyakan orang-orang sahaja..
membilang hari untuk beraya?
ya,itu tidak salah,kerana kita disuruh menyambut hari yang gembira itu.
moga2 kita benar2 layak untuk mendapat kegembiraan pada hari itu,iaitu orang yang benar2 berpuasa.apakah kita golongan itu?

biarlah puasa kali ini,menjadi langkah pertama untuk kita menjadi hamba Allah yang lebih baik dari detik ke detik ..amat payah,namun mujahadah lah...wahai diriku dan kamu semua.kerana hakikatnya ,kita hanya hamba.hamba kepada DIA.

dikesempatan ini,ana ingin meminta maaf kepada semua,jika ada salah dan silap sepanjang mengenali antum semua di dunia ini.
moga kita semua mendapat hidayah dan rahmat Allah sentiasa.
insyaAllah.





salam Ramadhan,
Al Faqirahilaih,
tengku Atirah Laili bt Tengku Ab Dullah,





Dihempas gelombang dilemparkan angin
Sekisah ku bersedih ku bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana Nya

Semua berjalan dalam kehendak Nya
Nafas hidunp cinta dan segalanya

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati rindukan Dia
Karena hanya dengan Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Hanya pada Mu Ya Robbi

::OPICK-TAKDIR::


Friday, September 11, 2009

indahnya flora ciptaan Allah..



Assalamualaikum,

mengambil gambar= hobi baru ana.
walaupun dgn kamera digital biasa sahaja,terasa sungguh teruja dgn keindahan alam ciptaan Allah,yg terlakar.

lihatlah,mg merasakan kebesaranNYA..



>>klik pada gambar untuk tengok lebih jelas>>










Monday, September 7, 2009

Qiamullail perdana @ USMKK



Assalamualaikum,


QIAMULLAIL PERDANA
memburu Lailatulqadr

Tarikh : 10 -11 September 2009 (Khamis)
Masa : 6.00 ptg - 7.30 pg
Tempat : Masjid Murni USMKK
• Ceramah “Memburu Lailatulqadar” oleh Ustaz Saibon
• Qiamullail dan Kuliah Subuh bersama Ustaz Zawawi Mat Nor
• Buka puasa dan sahur disediakan
• Tayangan video
• Gempur Subuh

Mari bersama - sama menyertainya!!!

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan."
~Suratul Qadr, ayat 1-3.~



tentatif..

TENTATIF PROGRAM “MALAM MEMBURU LAILATUL-QADR”

10/09/09 6.00PM : PENDAFTARAN PERSERTA
7.15PM : BUKA PUASA,SOLAT MAGHRIB
8.30PM : SOLAT ISYA’, TARAWIH
9.30PM : CERAMAH “MEMBURU LAILATUL-QADR”
10.30PM: UCAPAN ALUAN PENGARAH PROGRAM
TAYANGAN VIDEO
BRIEF GEMPUR SUBUH

11/09/09 12 AM : TIDUR
3.00AM : BRIEFING QIYAMULLAIL “KEPENTINGAN DAN KAIFIYAT QIYAMULLAIL”
4.00AM : QIYAMULLAIL
5.00AM : SAHUR
5.30AM : GEMPUR SUBUH
6.00AM : SOLAT SUBUH
6.30AM : KULIAH SUBUH
7.30AM : BERSURAI

Sunday, September 6, 2009

Bicara Alam..



ASSALAMUALAIKUM,

salam Ramadhan buat semua.sekarang kita telah masuk ke fasa ke-2 ,iaitu Fasa Pengampunan,jadi sama2 kita manfaatkannya untuk memohon dari Allah Taala atas segala dosa kita,insyaAllah.

Entah mengapa,kebelakangan ini,amat suka ambil2 gambar.paling suka,gambar keindahan alam ciptaan Allah..Subhanallah,amat2 indah sekali.
Disini,ana abadikan beberapa gambar yg diambil sekitar kampus menggunakan kamera digital biasa sj,kalau guna DSLR-lagi cantik gamaknya..







flora2 yg indah ciptaan Allah...











tidak diketahui kenapa bunga ni blurr..






inilah bangunan BHEP USMKK








"dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta),ditambahkannya tujuh lautan lagi,setelah (keringnya,nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah.Sesungguhnya Allah Maha Perkasa ,Maha Bijaksana."

dan benarlah kata-kata Allah..

moga bermanfaat.

Wallahu'alam.

Tuesday, September 1, 2009

rintihan hamba



::rintihan::

munsyid; hijjaz

Biar berlinangan airmata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya
Walau menitis airmata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima

Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana Allah itu
Maha kaya Maha Mendengar
Rintihan hamba-hambanya

Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup Allah baginya
Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya


saat jiwa merintih..


Thursday, August 27, 2009

KO-k oh KO-k



assalamualaikum,
alhamdulillah,tahun ni kali terakhir ambik KO-k a.k.a kokurikulum.kursus wajib kat usmkk ni.(apasal la banyak sangat k ni.)
tahun ni,ana ambik digital SLR photography..fuh,panjang betul tajuk kursus ni,rumit pun rumit gak.bayangkan science student tetiba belajar 'tangkap gambar'.truly,sangat best.pengalaman yg berharga.dapat tangkap gambar keindahan alam ciptaan Allah.

alhamdulillah,berpeluang untuk mencuba sendiri,rasa2 macam nak beli sj kamera SLR ni,tapi tersangatlah mahal dan tak pasti ke'berbaloi'annya.
ni,antara gambar yg ana tangkap,x seberapa pun,tapi nak tunjuk jugak.

perasan x,backgroundnya kabur skit?ni la trick kamera SLR.



..berlatarbelakangkan DM 3& 4,tangki air pun ada skali.

gambar bawah ni pula,kalau tak fasihah..mesti humaira yg tangkap-cantik


ni,ana tangkap..

sekian dulu untuk kali ini,bersambung lagi..

insyaAllah.

wallahu'alam.
Related Posts with Thumbnails

:: peringatan buat kita yg selalu alpa ::

" Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?"
Al Qasas;60.