Monday, November 8, 2010

faqirnya aku ..



Assalamualaikum,

semalam baru saja kenal mereka~

lirik lagu mereka , sangat sayu ..ana kira ~

hayati..

Faqirnya aku by Are-Buddy


Ya Allah aku hamba yang maha faqir
Sentiasa mengharap akan kekayaanmu
Aku hamba yang maha lemah
Sentiasa mengharap kepada bantuanmu

Ya Allah bagaimana ku ingin ku mengadu padamu
Sedangkan ia tidak pernah tersembunyi dari Mu
Bagaimana ingin jelaskan segala urusanku
Sedangkan segala-galanya dariMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau Tuhan yang Maha Perkasa
Segala pujian hanyalah untukMu
Rahmatilah diriku ini

Oh Tuhanku alangkah dekatnya Engakau kepadaku
Tetapi jauhnya aku daripadaMU
Oh Tuhanku alangkah kasihnya Engkau kepadaku
Tetapi sering kulupa segala kurniaanMu

Engkau yang telah menjadikan diriku
Aku hambaMu berada digengamanMu
Ku berlidung dari kejahatan
Yang telah ku lakukan
Hanyamu tuhan pengampun segala dosa

Kau Maha Pengasih...



benar ...faqirnya kita di sisiNYA..

tiada kekuatan ..melainkan Allah yg menganugerahkan ~

RABB...


Monday, November 1, 2010

KUNCI KEBAHAGIAAN


tanyalah pada sesiapa pun,semua orang inginkan kebahagiaan.dan tak siapa inginkan yang sebaliknya. apakah hakikat kebahagiaan yang sebenar? ISLAM ada jawapannya..


Uqbah bin Amir r.a bertanya kepada Rasullullah, “Wahai Rasulullah, apa sahaja yang boleh menjadikan seseorang itu Berjaya dan bahagia dalam hidupnya?. Rasulullah menjawab, “Peliharalah lidahmu, berlapanglah kamu di rumahmu, menangislah terhadap kesalahan (dosa) yang engkau lakukan”


(HR Abu Daud, Tirmidzi, dan lain-lain)


berdasarkan hadist tersebut ,dapat kita fahami bahawa antara punca kebahagiaan adalah ;

  • memelihara lidah
Kerana lidah.. rosak persaudaraan yang terjalin. Kerana lidah, retak hubungan yang tersimpul rapi sebelum ini. Kerana lidah, orang lain merana. Bukan kerja senang untuk ‘meluruskan’ lidah dan bukan senag nak 'menjaga' lidah nie...kalau lidah yang dah biasa mencaci dan mengata orang....itulah yang akan terbiasanya... Sebab tu, kita kena jaga lidah ni daripada menyakiti hati orang lain. Apatah lagi....sama ada perkataan itu tidak sengaja atau disengajakan...yang mana mungkin bisa menyakiti sekaligus melukakan hati-hati..Dalam hadis pun ada menyebut, hadis daripada riwayat Bukhari dan Muslim : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
  • berlapang di rumah
Maksudnya di sini bukanlah nak biarkan rumah jadi lapang gitu aje.. tetapi kita perlu menghidupkan fungsi rumah itu sendiri sebagai tempat membina keluarga bahagia dan aman damai, serta menjadikan suasana rumah yang membolehkan kita beribadat kepada Allah. Rumah juga merupakan ‘madrasah’ pertama kehidupan kita untuk beramal, berukhuwwah dan membina masa depan keluarga. Kalau dah umah pun tunggang langgang, pastilah hidup pun tunggang langgang kan?

  • menangis terhadap dosa yang dilakukan

apabila kita melakukan dosa,maknanya kita telah melanggar fitrah kejadian kita.Hal ini akan menimbulkan rasa gelisah dalam diri.Biarlah rasa gelisah dan bersalah itu mendorong kita untuk menangis.Biarlah kita menangis di dunia ini...kerana jika menyesal di sana,tidak ada gunanya lagi..mata yg menangis kerana takutkan Allah ,akan selamat dari api neraka.seperti kisah di bawah ini;

Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuknya dimasukkan ke dalam neraka.Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya ( bulu mata ) berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Mu, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.”

Akhirnya, Allah S.W.T telah mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T.. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, “Telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”

bukankah bahagia ,bila terlepas dari siksaan azab api neraka??



sama2 lah kita berusaha ke arah keredhaan ALLAH..insyaAllah.

bersama hindari maksiat ..

Perbuatan maksiat lemahkan kekuatan hati

Maret 26th, 2007


MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia.

Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmuyang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.

Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”

Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”


# Rezeki tidak lancar

Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.”

Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kekafiran.


# Keterasingan antara Allah

Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.

Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.”


# Keterasingan antara manusia

Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.


# Allah akan menyulitkan urusannya

Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya.


# Kegelapan dalam hati

Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan gelapnya malam. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.


# Maksiat melemahkan kekuatan hati

Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.

Renungkan bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang mengkhianati mereka ketika memerlukannya hingga dengan mudah orang beriman menakluki kekuatan fizikal dan hati mereka.


# Malas mengerjakan ibadat

Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkansetiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya.


# Terbiasa berbuat dosa

Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.

Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan dirinya terhina. Perasaan seperti itu adalah kesenangan dan kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan.


Rasulullah SAW bersabda: “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



===sama2 kita kembali kepada Allah ..bertaubat dan memohon ampunan dariNYA,kerana kita semua hanya manusia biasa..

x terlepas dari dosa dan noda..==

insyaAllah.

mg Allah menunjuki kita ke jalan yg lurus~ ameen ~




Related Posts with Thumbnails

:: peringatan buat kita yg selalu alpa ::

" Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?"
Al Qasas;60.