Assalamualaikum,
InsyaAllah,hari ni nak kongsi satu hadist yg kita semua biasa dengar,
" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati."
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.
sungguh,Islam telah mengajarkan kepada kita supaya sentiasa berwaspada dgn masa.
jika kita benar2 melaksanakan tuntutan hadist ini,insyaALlah,umat Islam pasti sentiasa excellent di dunia dan akhirat.ameen.
p/s; memesan kepada diri sendiri.
-fastabiqul khairat-
wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment
assalamualaikum,
salam ukhwahfillah.