Saturday, January 16, 2010

jangan marah wahai saudaraku!



Assalamualaikum,


Semalam berkesempatan bersama dengan adik2,duduk berhalaqah.Alhamdulillah,petang kelmarin sungguh damai.suasana yang sangat menyamankan.Kami berbincang beberapa perkara.

satu part yang sangat disukai ialah "round table",inilah masanya untuk "memaksa" adik2 membuka mulut.(jangan marah-dayah,fatin,ila,madi dan laili)

satu kisah menarik yang Fatin ceritakan;berkenaan jangan marah.LA TAGHDHOB!
Merujuk kepada satu hadist,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ :

لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ

[رواه البخاري]

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.

(Riwayat Bukhori )

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1. Anjuran bagi setiap muslim untuk memberikan nasihat dan mengenal perbuatan-perbuatan kebajikan, menambah wawasan ilmu yang bermanfaat serta memberikan nasihat yang baik.

2. Larangan marah.

3. Dianjurkan untuk mengulangi pembicaraan hingga pendengar menyadari pentingnya dan kedudukannya.



::cerita dari Fatin::
(telah diedit sedikit daripada cerita asal)

kisah Ayah,anak dan paku.


Di sebuah desa yang permai,tinggal seorang ayah dan anak lelakinya.
Al kisahnya,anak lelaki ini seorang yang pemarah (sangat mudah untuk marah;panas baran).Jadi si Ayah cuba untuk memberi pengajaran kepada anaknya supaya tidak lagi bersikap demikian

Si ayah berfikir dan berfikir dan mendapat satu idea.Lantas,si Ayah memanggil anaknya dan mencadangkan kepadanya,

"anakku,ayah ada satu cadangan untuk mengurangkan sikap pemarah yang ada padamu".Setiap kali kau berasa marah,ketukkan sebatang paku pada dinding rumah kita ni dan bila rasa marah itu hilang,cabutlah paku yang kau ketuk tadi"


tanpa berfikir panjang,si anak bersetuju dengan cadangan ayahnya itu.

Hari semakin berlalu.
sebulan,dua bulan dan akhirnya setahun...

Pada mulanya penuhlah dinding rumah mereka dengan paku kerana dipenuhi oleh paku2 yang telah diketuk oleh anaknya itu,tetapi beransur-ansur kurang setelah si anak mula mencabut paku2 tersebut.

Si ayah berkata kepada anaknya;

"anakku,cuba lihat pada dinding ini,walaupun kau telah mencabut paku tersebut,tetapi kesan berlubang itu tidak hilang.Begitu juga dengan manusia, engkau memarahinya dan kemudian meminta maaf kepadanya,namun bekas "luka" itu tetap ada dalam hati mereka"

mendengar kata2 ayahnya,si anak terfikir panjang....


[pengajaran-sila fikirkan]



Sulaiman bin Shurad ra., ia berkata:
Dua orang pemuda saling mencaci di hadapan Rasulullah saw. lalu mulailah mata
salah seorang dari mereka memerah dan urat lehernya membesar. Rasulullah saw.
bersabda: Sesungguhnya aku tahu suatu kalimat yang apabila diucapkan, maka akan
hilanglah kemarahan yang didapati yaitu "Aku berlindung kepada Allah dari
godaan setan yang terkutuk". Lelaki itu berkata: Apakah engkau menyangka
aku orang gila?.
(Shahih Muslim No.4725)

wallahu'alam


wassalam.



0 comments:

Post a Comment

assalamualaikum,

salam ukhwahfillah.

Related Posts with Thumbnails

:: peringatan buat kita yg selalu alpa ::

" Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?"
Al Qasas;60.