Tuesday, April 27, 2010

pelancaran blog baru.



Assalamualaikum,


Alhamdulillah,selesai sudah exam untuk tahun 3.kali ni exam habis awal.

'ala kulli hal,sebenarnya dalam beberapa hari yang lepas,ana telah lancarkan 2 blog baru.

satu tentang hobi ana dan satu lagi berkisar tntg perintis kepada bakal kerjaya ana .."muslim dietitian wanna be.."

blog gambar;kat sini ana letakkan koleksi gambar2 ana yg "capture" guna digital camera biasa ja.




blog makan + halal + sihat,kat sini pulak,sebagai perintis untuk kerjaya ana nnti.insyaAllah,"muslim dietitian wanna be".



moga2 perkongsian ini bermanfaat buat semua.

p/s:jemputlah ziarah ke blog2 ana.



Friday, April 23, 2010

macam mana??




Assalamualaikum..

cuba fikir,

bagaimana akan masuk cahaya ke dalam rumah,

jika tingkap tak dibuka?


macam mana pulak nak terima hidayah dari Allah,

jika tidak berusaha mencari pintu2 hidayah itu??


cuba bandingkan;


katakan ini cawan yang berisi air yang keruh atau kotor,

andai kata 'pemadam' jatuh ke dalamnya,
boleh jadi kita tak akan perasan pun ada benda asing atau kotoran di dalamnya,apatah lagi kalau yang jatuh itu benda yang lagi kecil contohnya jarum...



katakan ini cawan pula yang berisi air yang bersih,

andai kata 'pemadam' jatuh ke dalamnya,
pasti akan ternampak ada benda asing atau kotoran di dalamnya,apatah lagi kalau yang jatuh itu benda yang lagi kecil contohnya jarum...

begitulah umpamanya..

orang yang berhati bersih,bila mana ada dosa yang hinggap di hatinya,segera ia nampak akan dosa itu walaupun kecil..namun bagi yang berhati kotor,dosa yang besar pun tidak terasa olehnya apatah lagi dosa yang kecil...


ini perumpamaan yg saya kutip dari tazkirah ringkas Aa Gym.

bersama2 bersihkan hati kita..


dan Allah Yang Maha Mengetahui.


Related Posts with Thumbnails

:: peringatan buat kita yg selalu alpa ::

" Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?"
Al Qasas;60.