Tuesday, August 4, 2009

== RINDU ==

Bismillah..

Assalamualaikum,
moga Allah merahmati kita semua.

R I N D U

benar,hati rindu pada Dia,

kekasih yang layak dirindu...

apakah layak diri menjadi perinduNYA?

sedang diri masih dalam dosa tanpa nasuha??

apakah masih ada luang waktu buatku,

menggapai syurgaMU?

YA ALLAH,



belumkah tiba masanya lagi?


"Belumkah tiba masanya bagi orang-orang yang beriman,untuk khusyuk hati mereka mengingati Allah dan tunduk kepada kebenaran yang diturunkan (kepada mereka),dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang terdahulu yang diturunkan al-kitab kepada mereka,kemudian berlalu masa yang panjang atas mereka(sedangkan mereka masih belum mahu insaf) lalu hati mereka menjadi keras.Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasiq"

(Al Hadid:16)


wallahu'alam.

Sunday, August 2, 2009

PROGRAM TAUTAN UKHWAH BERSAMA PUSAT ISLAM & RAKAN MASJID USMKK.

PROGRAM TAUTAN UKHWAH BERSAMA PUSAT ISLAM & RAKAN MASJID USMKK.

ISNIN, 3 OGOS 2009,
Bermula 'Selepas Solat Maghrib' di Surau Pusat Islam.
SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH DI SANA.

AGENDA:
:::Pengenalan & Penerangan mengenai PUSAT ISLAM USMKK kepada pelajar-pelajar baru:::
:::Sesi Anugerah Perlantikan Ahli Jawatankuasa Rakan Masjid USMKK 09/10:::
::::Program Mengeratkan Silaturrahim::::.

Penyertaan untuk menjadi ahli Rakan Masjid USMKK Dibuka.
Borang keahlian akan diedarkan.
Bawa bersama RM5 untuk yuran keahlian seumur hidup.

SEMUA WARGA KAMPUS DIJEMPUT HADIR,

Jamuan Istimewa disediakan : Durian etc.

"Kukuhkan Ukhwah dan Bersama Kita Membina Ummah"

RAKAN MASJID UNTUK SEMUA

Anjuran:
PUSAT ISLAM USMKK


Related Posts with Thumbnails

:: peringatan buat kita yg selalu alpa ::

" Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?"
Al Qasas;60.