
Assalamualaikum,
sudah 22 tahun saya berada di dunia ini,
memori persahabatan datang bertimpa2 saat ini,dari PASTI ke SK JERAM seterusnya ke SMS TMFP beralih pula ke KMPP dan di sini.... USMKK
terlalu sukar untuk melupakan kenangan2 persabatan,
alam sekolah rendah yg penuh dgn hilai tawa dan riang ria, adakala mengundang pertelingkahan sesama 'geng'alam sekolah berasrama yg penuh dgn konflik mencari identiti diri,mengajar erti menjadi seorang sahabat kepada sahabatalam matrikulasi yang penuh dgn pengertiaan tntg makna sebuah kehidupan dan perjuangan,membawa diri dalam keindahan ukhwah Islamiyyahdan kini,tempat berkumpulnya memori2 itu,jadi bekalan sepanjang perjuangan
buat mereka2 yg sentiasa ku kenang sebagai sahabat..moga Allah memberkati hidupmu dunia akhirat..
mood> sentimental
erti sahabat bagiku ialah bila mana seseorang sangat menginginkan keselamatan buat sahabatnya di dunia malahan lebih2 lagi di akhirat sana..pasti juga akan berusaha juga untuk bersama2 berada di jalan yang lurus di dunia.bait2 yg indah untuk direnungi;
bertahanlah,
kerana sahabatmu adalah semua yg pernah hadir dalam hatimu,
berterimakasihlah,
sahabatmu adalah semua yg telah membentukmu sehingga kamu jadi seperti sekarang,
bersiaplah,
kerana kamu akan masih kehilangan banyak sahabat untuk menemukan sahabat2 baru sepanjang perjalanan hidupmu,
dan berdoalah semoga semua sahabat dapat berkumpul bersama di syurga nanti..
SAYANG SAHABAT SEMUA KERANA ALLAH !

Assalamualaikum,
sesiapa yg biasa mendengar Radio IKIM.fm pasti pernah mendengar lagu ini,dendangan kanak2
mereka digelar GENIUS AULAD..sungguh harmoni nyanyian mereka.x percaya ,cubalah dengar sendiri,
no matter how great we are
the Earth is just a tiny space
we are made of Earth
and we’ll return back to Earth
looking at the moon
we celebrate the Eid together
looking at Fajar
we wake up for Subuh together
no matter how rich we are
the Earth is just a tiny space
we just come in one piece
in one piece we shall be back
ni adalah sebahagian dari lirik nasyid tersebut.
Apa yang lebih membanggakan, beberapa buah lirik lagu di dalam album ‘We’re Brothers and Sisters’ telah ditulis sendiri oleh pelajar-pelajar Genius Aulad.(
sumber-Gua.com)
pandangan penulis: nasyid2 ini sesuai untuk mendidik si kecil dgn nilai2 islami.InsyaAllah.

Assalamualaikum,
kepada diriku dan kamu semua,
ingat pesanan Ulama' terulung ini,
"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan. Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan..."
[imam as-syafiee]

Assalamualaikum,
laman ini dah lama bersarang,maaf lah kepada semua yg menziarah jika bosan dgn entri sama yang terupdate.
Alhamdulillah,petang ini ana luangkan sedikit masa untuk update blog ini.
sebuah perenungan,mmg kenalah dgn tajuk entri ni.
mudah2 perenungan itu bernilai di sisi Allah
banyak benda yg kita boleh renungkan;
antaranya paling besar
- bagaimana prestasi kita sebagai hamba Allah dan jawatan2 lain yg kita sandang contohnya sebagai seorang anak,pemimpin dan lain2..kerna semuanya akan dipersoalkan kepada kita kelak..
Subhanallah..x layak kita ni nak sandang apa2 jawatan kerana kita manusia lemah,namun Allah yg mengurniakan kekuatan kepada kita.semua dengan izin Allah.Apalah sangat kita ni,berbanding insan yg paling mulia,baginda Rasulullah SAW.
Satu kisah yg menjadi pengajaran kepada kita,tatkala pulang dari Thaif dgn keadaan pergantungan yang sangat tinggi kepada Allah,baginda berdoa;
"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"
sedangkan Baginda yg maksum itu mengakui tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah..masakan pula kita ,insan yg serba daif ini,selayaknya kita meletakkan tunjang kekuatan kita untuk melakukan sesuatu hanya dengan izin dari Allah..kerdilnya kita.
~ sebuah perenungan ~
Sejauh-jauh mata memandangSedalam-dalam hati merasakanHanya setitik debu yang tertuangDalam syair pujianLepas hati memandang lautmuTerheran diri pada langitmuBerjuta kata tak cukup untukMelukis indahmu
Melihat bintang alangkah jauhnyaMelihat biru alangkah dekatmuMelihat hutan melihat gunungSiapa menjagamuMendengar tangis dalam deritamuRasakan luka dihari-harimuPada siapa air mata ini 'kan mengaduBumi akan sepiBangga sementaraadakah tempat kembali?adakah selain Allah? OPICK - Taffakur
pesan Ulama';
Al-Fudail bin ˜Iyadh berkata: Sesiapa yang memperbaiki hatinya kerana Allah, nescaya Dia akan memperbaiki amal perbuatanmu. Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan orang lain.
:: peringatan buat kita yg selalu alpa ::
" Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?"
Al Qasas;60.