Wednesday, July 29, 2009

dietetik tu ape?

Bismillah.

Assalamualaikum.

teringat semasa di matrikulasi dulu(tahun 2007),semasa dalam kekalutan mengisi borang UPU,

saat itulah pertama kali dalam hidupku mendengar perkataan
'dietetik'
.sungguh lucu.alkisahnya

jurusan itu dikeremenkan oleh sahabat baik ana.tak sangka ada juga jurusan macam tu,dia bgtau

ana secara brief-makanan relate dgn penyakit.

saat yg ditunggu tiba jua,penuh debaran..kerana bagi ana,inilah masa depan kita;jurusan apa

yang ditawarkan kepada kita.ya,itulah yang ana fikirkan dulu.

Redha dengan rezeki dari Allah,ana terima seadanya,walaupun cita-cita asal(rahsia) terpaksa

dikuburkan untuk selama-lamanya..dan sekarang mesti fokus kepada bidang dietetik,yg ketika

itu,ana kita terlalu asing bagi diri ini.

kini..setelah 2 tahun berkecimpung dalam bidang ini,

alhamdulillah,satu pengalaman yg sangat bermakna dan bermanfaat untuk kehidupan ini.

who is dietetian??

A dietitian is a professional trained in translating the science of food, nutrition and medical nutrition therapy to meet the needs of individual or target groups, whether in disease or health. He/ she is equipped with the knowledge and skills to conduct nutritional assessment, prescribe medical nutrition therapy, provide dietary consultation for the treatment of diseases / illness, in both acute and chronic care. Besides this, the dietitian also play an important role in providing expertise in the promotion of wellness through proper eating, development of modified diets/ meals/recipes in the food service organization, catering industry and food manufacturing industry in various sectors. Dietitians participate in research and apply practice, based on scientific – evidence.

The dietitian is also involved in providing input for the formulation of policies, protocols, clinical practice guidelines, medical nutrition therapy guidelines, planning and implementation of programmes, to support the current healthcare needs of the population. He/she provide education and disseminate nutrition information through community activities, various modes of mass media like giving talks through radio, television, and writing in newsprint, professional articles for release in newspapers, journals, magazines, etc.

(Malaysian Dietitian's Association-MDA)


moga2 tercapai cita-cita ana untuk menjadi MUSLIM DIETITIAN.ameen.

paling lucu bila orang tanya;

"ambik course ape?"

atau yg lebih senior mgkin lain sikit bunyinya;

"belajar gapo?"

kalau nak tahu-soalan ni paling susah nak jawab,sebabnya;

sebabnya orang akan tanya balik;

"gapo?"

atau yang educated mgkin akan mereply;

"owh,doktor ke?"

kadang tu,laju saja ana jawab;

"doktor makanan" atau paling senang "pasal makanan orang sakit"

*walaupun sebenarnya definasinya tidak tepat mengikut MDA,namun itulah jawapan yg senang untuk difahami.wallahua'alam.



kata Sir Daniel-you must respect your profession!

yes,Sir.we will.

insyaAllah graduated on 2011.


wassalam.






Tuesday, July 28, 2009

KPN;SEMINAR MENANGANI MURTAD

Pengenalan.


Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan satu demi satu kes murtad dan ia semakin berleluasa. Kes-kes murtad ini berlaku melibatkan samada mereka yang telah sedia muslim ataupun golongan revert (muallaf).


Dalam hal ini, pelbagai pihak dipersalahkan baik Jabatan agama mahupun ibu-bapa sendiri tanpa kita menyedari bahawa kita juga sebenarnya wajib dipertanggungjawabkan atas masalah murtad ini.

Oleh yang demikian, atas dasar tanggung-jawab maka kami di pihak Kelas Peradaban Nabawi membuat keputusan untuk menganjurkan Seminar Menangani Murtad yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai isu murtad dan cara menanganinya secara berhikmah dan bukannya secara beremosi.

Sesi ini dijalankan berdasarkan pengalaman sebenar Bro Shah Kirit Kalkulal Govidji dalam menangani masalah murtad di seluruh negara.


Objektif Seminar


- Mendedahkan kepada masyarakat punca berlakunya gejala murtad

- Mengupas isu-isu terkini melibatkan gejala murtad

- Melatih peserta agar mampu untuk menangani masalah murtad



Tarikh

31 Julai 2009 (Jumaat)


Masa

2.30PM- 6.30PM


Tempat

Masjid Murni, Universiti sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kubang Kerian


Sasaran Peserta

250 orang peserta terdiri daripada pelajar universiti, professional, golongan agamawan dan orang awam.


Bayaran

Percuma dan minuman petang disediakan. Walaubagaimanapun, pihak kami menerima sumbangan seikhlas mungkin dari anda untuk tujuan pembangunan dakwah Kelas Peradaban Nabawi USM

Anjuran Bersama

Kelas Peradaban Nabawi USMKK

Rakan Masjid USMKK

Islamic Information and Services Setiawangsa

Pusat Islam USMKK




Tentang Bro Shah Kirit Kalkulal Govidji.

Bro Shah Kirit merupakan seorang Hindu yang telah memeluk Islam pada tahun 1996. Beliau telah banyak terlibat dalam kursus intensif perbandingan agama antaranya ialah; International Da’wa Training Program di IRF Mumbai yang dianjurkan Dr Zakir Naik. Dan “Training the Trainer” course di Nigeria yang dianjurkan oleh Nuruddeen Lemu & Asiya Rodrigo dari Islamic Education Trust.


Kini, beliau bertugas sebagai Pegawai di Islamic Information and Services Setiawangsa dan merupakan tenaga pengajar bagi program perbandingan agama “Friendly Comparative Religion”. Beliau sering dijemput untuk memberikan ceramah-ceramah perbandingan agama dan terlibat dalam Dialog antara agama di seluruh tanah air.

Selain daripada itu, Bro Shah juga berpengalaman memberikan presentation mengenai Islam di gereja-gereja sekitar Kuala Lumpur.


Beliau juga bertugas sebagai Pengurus Saba’ Islamic Media Maju Junction.Bro Shah Kirit merupakan antara tenaga pengajar dan penasihat kepada program Kelas Peradaban Nabawi USMKK.



Saturday, July 25, 2009

Ku damba keampunanMU..

Bismillah.

Assalamualaikum.

renungi bait-bait lagu ini,sungguh menginsafkan(bagi ana)

~Ku Damba Keampunan~

Apabila aku terkenangkan janjiMu

Terasa gerunnya di hatiku

Betapa fakirnya fitrahku padaMu

Betapa jauhnya diriku dariMu

Sepanjang aku dibuai mimpi

Telah kulupakan janjiMu oh Ilahi

Lenaku masih belum terjaga lagi

Ya Allah sedarkanlah daku

Oh Tuhan kini ku telah jaga

JanjiMu takkan mungkir

Pada hamba yang ingkar

Diriku tidak kan terlepas

Kesalku makin menekan

Insafku kian meningkat

Apakah masih tersisakah titisan rahmat

Moga dirikuk dikurniakan berkat

Tidak tertahan diriku oh Ya Allah

Menanggung azab siksaanMu

Tidak sanggup merasa diriku Ya Allah

Menanggung kemurkaanMu

Ya Allah ampunlah kesalahanku

Ya Allah ampun keterlanjuranku

Ku memohon rahmat daripadaMu

Semoga dihazafkan dosaku

Lagu: Amar




Sunday, July 19, 2009

..Ini Jalan Kita..

Bismillah..

Jalan Dakwah
Album :
Munsyid : AlarmMe
http://liriknasyid.com


Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita


dulu..kini dan selamanya..insyaAllah.
Related Posts with Thumbnails

:: peringatan buat kita yg selalu alpa ::

" Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?"
Al Qasas;60.