Saturday, February 20, 2010

mencari hati,adakah lagi?


Assalamualaikum,


salam buat semua,

salam mujahadah buat perindu syurga sekalian,

ingatkan pesan Imam Al Ghazali,dalam mencari hati.

" carilah hatimu di tiga tempat..temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"




dah jumpa?

tanyalah iman kita.

selamat bermujahadah.


"cinta itu jihad"




Friday, February 5, 2010

mencipta langkah atau langkah tercipta?



Assalamualaikum,sahabat2.apa khabar iman di hati.

insyaAllah,ana nak berkongsi sedikit renungan pada hari ini.InsyaALlah,kita saling mengingati antara satu sama lain.maksud firman Allah:


"dan tetaplah memberikan peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang-orang mukmin"
(Az -Zariyat;55)

InsyaAllah.

"a journey begin with one step"

benar,bukan ..semuanya bermula dengan satu langkah dan akhirnya melahirkan sebuah pengembaraan.

jika diaplikasikan dalam konteks untuk berubah ke arah kebaikan dan taqarrub kepada Allah,Subhanallah,alangkah cantiknya.

mencipta langkah atau langkah tercipta?

berlainan bukan?

tapi mgkin yg berlainannya dari sudut bahasa sahaja.
satu berlaku dengan penuh kesedaran dan langkah tercipta mungkin tanpa sedar.

apa2 pun kita berharap pada kedua-duanya.

dan wajib kita yakin bahawa semuanya terjadi dengan kehendak Allah,seperti dalam firmannya:




maksudnya:

"tiada lain(tidak lain), (Al-Quran) itu hanyalah peringatan atau pelajaran bagi semesta alam,(yakni manusia dan jin).(iaitu) bagi siapa di antara kamu yang menghendaki menempuh jalan yang lurus.dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dilehendaki Allah,tuhan seluruh alam."

...masyaALlah..semua datang dariMU.

ciptalah langkah dan jangan sekadar berangan-angan

siapakah orang yang cerdik?

maksud hadist:

"daripada Abi Ya'la bin Aus r.a,daripada Rasulullah S.A.W sabdanya:orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati,sedangkan orang yang lemah ialah orang yang selalu megikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah.(untuk mendapat kebahagiaan dan peagampunan dariNya tanpa beramal soleh)


untuk diri sendiri juga~di golongan manakah kita?




moga Allah mempermudahkan urusan sahabat2 dan menunjukkan kita ke jalan yang lurus..insyaALlah.


hayati bait2 lagu ini,langkah tercipta_UNIC


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.



wallahu'alam.




Related Posts with Thumbnails

:: peringatan buat kita yg selalu alpa ::

" Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?"
Al Qasas;60.