Wednesday, March 3, 2010

teori momentum fizik





Assalamualaikum,

manusia lahir dengan fitrah.

itulah ungkapan yang biasa kita dengar.benar.fitrah dengan rasa bertuhan dan cintakan kepada kebaikan.

Firman Allah QS. al-Rum : 30 :

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

namun,dalam sepanjang perjalanan hidup,pelbagai perkara yang mempengaruhi kita dan meletakkan sama ada kita berada pada jalan yang lurus atau sebaliknya.

kita sama2 tahu jalan yang lurus itu atau sebaliknya.

"Sedangkan manusia dalam rangka menjalankan fungsinya sebagai khalifah fi al-Ardh dibekali dengan akal dan fikiran. Akal serta fikiran merupakan dua alat terpenting bagi manusia dalam rangka menunjang tugas pokoknya sebagai khalifah di muka bumi. Dengan akal serta fikiran, manusia mampu membedakan antara yang baik dengan yang buruk, mampu bertindak sesuai dengan kehendak Tuhan tanpa membuat kerusakan-kerusakan yang menyebabkan merugikan orang lain.

Dengan akal dan fikiran, maka manusia menduduki tempat yang tertinggi di antara makhluk ciptaan Tuhan lainnya. Manusia mampu berbuat serta berkarya melebihi makhluk-makhluk yang lain di dunia ini. Dengan berbekal akal serta fikiran memungkinkan untuk menjalankan fungsinya sebagai khalifah di muka bumi dengan sempurna.
"
-petikan dari http://kubil.blogspot.com/2009/06/manusia-lahir-membawa-fitrah.html -

jika ada anasir luar yang mempengaruhi fitrah itu,pastinya kesannya manusia akan terpesong dari fitrah kebaikan seperti yang disebutkan di atas.anasir2 tersebut,pastinya kita sudah sedia maklum(jika tidak tahu-sila cari sendiri)

apa kaitannya dengan teori fizik?
(credit to Bro Afzan -Pena Fatih)

baru2 ini,ana telah mengikuti satu program kepimpinan,dalam satu slot pengisian dari Bro Afzan,beliau ada menyebutkan tentang satu teori fizik, prinsip Keabadian Momentun, sudah hampir lupa tentang fizik ni,sebab dah lama tidak belajar tentang fizik.


Konsep momentum penting di dalam situasi dimana dua atau lebih objek bertindak. Bagi mana-mana sistem, daya dimana objek-objek di dalam sistem tersebut bertindak sesama sendiri, di gelar daya dalaman. Maka, menurut Hukum Newton Ketiga

 \mathbf{F_a} + \mathbf{F_b}= 0
 \frac{d\mathbf{p_b}}{dt} +  \frac{d\mathbf{p_a}}{dt} = 0
 \frac{d\mathbf{(p_b+p_a)}}{dt} = 0
 \vec{P} = \mathbf{(p_b+p_a)}
 \mathbf{F_a} + \mathbf{F_b} =  \frac{d\mathbf{\vec{P}}}{dt} = 0

Dari persamaan diatas kadar perubahan momentum (dP/dt) adalah kosong. Maka jumlah momentum sesuatu sistem adalah malar atau tidak berubah sekiranya tidak terdapat daya luaran yang bertindak. Prinsip ini digelar Prinsip Keabadian Momentum. Dengan kata lain

 \vec{P} = m \vec{v_a} + m \vec{v_b} + m  \vec{v_c} + ..... adalah malar.
-inilah Prinsip Keabadian Momentum-


cuba teliti betul2,sama kan konsepnya?

bergantung kepada kita untuk meletakkan dan mencari daya luar yang positif atau negatif untuk mengekalkan fitrah tersebut.


SubhanALlah.
semuanya datang dari ALLAH.


Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way ...
Insya Allah we`ll find the way



Wallahu'alam.



0 comments:

Post a Comment

assalamualaikum,

salam ukhwahfillah.

Related Posts with Thumbnails

:: peringatan buat kita yg selalu alpa ::

" Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?"
Al Qasas;60.