Wednesday, December 30, 2009

menunggu kata dari tuhan..



Assalamualaikum,


Malam Aprisiasi Seni (MAS), Minggu Penghayatan Islam Ke 12, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian (USMKK) mempersembahkan kepada anda sebuah teater “MENUNGGU KATA DARI TUHAN”

“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)


Skrip Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT) ini adalah terjemahan sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ia mengisahkan Ka’ab bin Malik yang tidak ikut berperang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk…terasa seperti dalam kuliah hadis, namun kelainan dapat dirasai melalui penyampaian yang mengetengahkan konsep kesenian dan hiburan.

Antara tarikan yang akan membawa anda menonton pastinya kerana Sabri Yunus. Ini kerana teater ini adalah teater monolog. Sabri berkomunikasi dengan ‘rasa’ selama 45 minit tanpa henti. Kehadiran Sani Sudin yang menjadi pemuzik ‘live’ sepanjang teater ini memang menakjubkan. Beliau berjaya menyampaikan ‘rasa’ Sabri Yunus dengan jayanya lewat gesekan biola dan hummingnya…



Teater ini adalah teater rasa yang dialami oleh Ka’ab yang punya rasa bersalah kerana tidak ikut serta untuk berjihad walaupun pada masa itu beliau sihat dan mempunyai peralatan dan kenderaan untuk pergi berperang. Pelbagai rasa yang dilaluinya lewat tertinggalnya beliau dalam perang, dan dipulaukan oleh sahabat kerana kesilapan besarnya itu. Rasa yang paling parah adalah tika menunggu keampunan dari Allah melalui Nabi Muhammad SAW…kesedihan, pasrah, redha, dan kesunyian cuba dikongsi dengan penonton.

Pengarah : Dinsman

Pelakon : Sabri Yunus

Pemuzik : Sani Sudin(kopratasa)


tiket;

pelajar:RM 5

kanak-kanak:RM 5

Dewasa/staff:RM 8


hubungi Ridhuwan(013 2459379)




Sunday, December 27, 2009

USM,here i come..


Assalamulaikum,

ape khabar sahabat2 semua,apa khabar iman dan amal?

Alhamdulillah,telah kembali ke usmkk setelah hampir sebulan bercuti selepas exam semester lepas.maaf,jika ada followers blog ni,yg asyik tgk page yang tak ter'update'.jadi,ana luangkan sedikit masa untuk update blog.

semester ini,agak mencabar dari segi pembelajaran yg akan ditempuh,al maklum-dah start OPD-outpatient Dietetics Practicum-maknanya dah start masuk klinik.time ni la,nak praktik teori yg dah dipelajari dalam kelas2 sebelum ni.InsyaAllah,mg Allah memberi kemudahan buat hambaNYA ini.~the making of Muslim Dietitian~

aktiviti2 yg bakal berlangsung di USMKK,banyak juga
jemputlah hadir,



IFTAR JAMAI'E
&
CERAMAH HIJRAH

"Menjemput Berkat Dalam Study"

Tarikh : 28 Disember 2009 (Isnin)
Masa : 6.45 ptg - 9.00 mlm
Tempat : Masjid Pusat Islam
Disampaikan oleh : Ustaz Abdul Fatah

SEMUA WARGA KAMPUS DIJEMPUT HADIR!!!!

*Jamuan berbuka puasa disediakan
*Sebarang maklumat atau pertanyaan, hubungi:
Firdaus - 0194508502
Auji - 014517969



PROGRAM MENYEDIAKAN BUBUR ASYURA
Sempena Sambutan Maal Hijrah 1430 Kampus Kesihatan

Tarikh: 1 Januari 2010 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi -4.30 petang - Gotong Royong menyediakan bahan asas bubur Asyura

Tarikh:2 Januari 2010 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi - 6.30 petang - Gotong Royong mengacau bubur Asyura

Tempat: Masjid Pusat Islam, Kampus Kesihatan

Anjuran: Pusat Islam USMKK

SEMUA WARGA KAMPUS DIJEMPUT HADIR
BERSAMA BERGOTONG-ROYONG


nantikan juga,MPI ke 12 yg bakal berlangsung


wallahu'alam.

wassalam.




Related Posts with Thumbnails

:: peringatan buat kita yg selalu alpa ::

" Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?"
Al Qasas;60.